Sunnah : Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W

A group of women posing for a picture

Description automatically generated with low confidence


Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W

Dilema ibu bapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Tambahan lagi musim PKP begini anak-anak banyak masa di depan mata ibu bapa, maka tanggungjawab sepenuhnya adalah ibu dan bapa yang kini juga berada di rumah. Mendidik bukanlah satu perkara yang mudah sebenarnya. Tetapi kalua betul caranya ia akan menjadi perkara yang senang. 

Jika ingin sesuatu perkara yang baik haruslah kita sebagai ‘role model’ pada anak-anak tunjukkan perkara yang baik-baik sebelum mereka mengikut tingkah laku yang kurang molek. Ada pepatah mengatakan “mana hendak tumpah kuah kalau bukan ke nasi”.

A group of children sitting at a table

Description automatically generated with low confidence


  1. tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :


1.Umur anak-anak 0-6 tahun. 

Sewaktu ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibu bapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.


2. Umur anak-anak 7-14 tahun.  

Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tanggungjawab kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul lah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar menyedarkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

A picture containing person

Description automatically generated

Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. 


3. Umur anak-anak 15- 21 tahun. 

Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibu bapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. 

Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

A picture containing person

Description automatically generated


4. Umur anak 21 tahun dan ke atas. 

Fasa ini adalah masa ibu bapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. 

Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang ibu bapa inginkan.


Mudah bukan jika tahu cara yang sebenar dan betul untuk mendidik anak-anak. ‘Tepuk dada tanya selera’ apa cara dan tindakan sebagai ibu bapa masa kini inginkan pada anak-anak. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gaya Hidup : Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam

Ambil Tahu : Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

Ambil Tahu : Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud

Ambil Mudah : Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!

Manfaat : Hindari Bala Dengan Banyakkan Bersedekah

Prihatin : Jangan Pinggirkan Nasib Ibu Tunggal!

Punca : Doa Tidak Dimakbulkan