Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ambil Tahu

Ambil Tahu : Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

Imej
Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu! Tahukah anda apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda menyambung: Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu!  Sahabat bertanya: Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Kalau betul apa yang kamu katakan itu ada padanya, maka kamu sudah mengumpatnya. Dan kalau kamu katakan itu tidak ada padanya, maka kamu sudah menuduhnya.” Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie Takutkan bila kita berkata-kata itu menjadi satu umpatan atau menuduh, Allahuakhabar, jauhkan lah diri ini dari api neraka mu. Mengumpat sudah menjadi begitu lumrah dalam kehidupan kita sehari-hari, sehingga kita langsung tidak berasa bersalah tentangnya. Betul tak?  Apatah lagi pada pada zaman media sosial ini. Dengan hanya sekali klik, bahan umpatan terus dapat dikongsikan kepada beribu-ribu sah...

Ambil Tahu : Golongan Penerima Zakat

Imej
  Ambil Tahu! Golongan Penerima Zakat 1. Fakir Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan. 2. Miskin Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya. 3. Amil Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. 4. Muallaf Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu a) Beragama Islam +...

Ambil Tahu : Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud

Imej
Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud, Perlu Ambil Tahu! Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak  tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan  untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya  sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang  berharga itu. 1.Jauh Daripada Segala Penyakit Dengan mengamalkan solat tahajjud ini Allah  akan menjauhkan diri seseorang itu dengan 1001  penyakit dengan izin Nya.  “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah  kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan  mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan,  pencegah dosa, serta penghindar penyakit.” 2.Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang  mengamalkan solat malam? Bukankah wajah  mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah  bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah  me...