Ambil Tahu : Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud

A picture containing text, blue

Description automatically generated



Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud, Perlu Ambil Tahu!

Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak 

tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan 

untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat

agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya 

sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang 

berharga itu.


1.Jauh Daripada Segala Penyakit

Dengan mengamalkan solat tahajjud ini Allah 

akan menjauhkan diri seseorang itu dengan 1001 

penyakit dengan izin Nya. 

“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah 

kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan 

mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, 

pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”


2.Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah

Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang 

mengamalkan solat malam? Bukankah wajah 

mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah 

bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.

Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah 

mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan 

seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

A person sitting on the floor

Description automatically generated with low confidence


3.Disenangi Oleh Semua Orang 

Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan 

dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh 

Allah s.w.t. Begitulah ciri-ciri orang 

yang beriman dan beramal dengan Allah 

pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.


4.Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi 

Hikmah (Kebijaksanaan)

Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah 

yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. 

Golongan ini sudah 

tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi 

setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat 

dan berhikmah.

A picture containing building, outdoor, arch, place of worship

Description automatically generated


Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk 

mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara 

yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan 

kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.


5.Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki 

(Halal dan Diberkati)

Dengan menunaikan setiap amal ibadah 

kepada Allah s.w.t, tidak kiralah apapun ibadahnya

pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah,

seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga 

yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki

akan diberkati oleh Allah s.w.t.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sunnah : Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W

Gaya Hidup : Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam

Ambil Tahu : Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

Ambil Mudah : Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!

Manfaat : Hindari Bala Dengan Banyakkan Bersedekah

Prihatin : Jangan Pinggirkan Nasib Ibu Tunggal!

Punca : Doa Tidak Dimakbulkan