Punca : Doa Tidak Dimakbulkan
Punca Doa Tidak Dimakbulkan
Sedih jika kita tahu doa yang kita minta pada Nya tidak termakbul. Usah kita andaikan sesuatu yang kita sendiri belum pasti. Jangan sesekali menyangkal kekuasaan Nya. Tetapi benar, ada segelintir doa dari umatnya tidak dimakbulkan.
Orang-orang yang ditolak doanya adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut :
1. Orang yang menggunakan barang-barang haram
Orang-barang yang menggunakan keperluan hidupnya dari benda-benda haram seperti pakaiannya haram, memakan benda haram dari wang yang haram doanya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.
Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ” Ya Rasulullah s.a.w saya telah pun berdoa tetapi tidak diterima. Rasulullah s.a.w menjawab, Ya Saad tinggalkanlah makanan yang haram, maka sesungguhnya tiap perut yang telah dimasukkan makanan yang haram maka tidak diterima doanya selama 40 hari”.
Abu Hurairah menceritakan, ” Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalanannya, kasut dan berdebu rambutnya, dia menadahkan tangannya ke langit dan berdoa “Ya Tuhan Ya Tuhan”. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan perutnya dipenuhi dengan barang-barang haram, maka bagaimanakah Tuhan akan memperkenankan doanya”. (diriwayatkan oleh Muslim)
2. Ingin Doanya Dimakbulkan Dengan Segera
Seseorang yang memohon sesuatu hajat kepada Allah s.w.t tidak boleh meminta atau berharap doanya dikabulkan dengan segera, seolah-olah ia memaksa Allah s.w.t mengikut kehendaknya. Cara yang demikian akan menjadikan ia cepat putus asa apabila doanya atau permintaannya tidak dikabulkan oleh Allah s.w.t, sedangkan orang yang putus asa terputus dari rahmat Allah s.w.t dan apabila tiada rahmat Allah s.w.t menyebabkan doanya tiada dimakbulkan.
3. Tidak Yakin
Seseorang yang berdoa atau memohon sesuatu kepada Allah s.w.t hendaklah mempunyai angapan atau sangkaan yang baik bahawa permintaanya akan diterima dan apabila was-was atau separuh yakin doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t menyebabkan doanya di tolak.
Ulasan
Catat Ulasan