Ambil Tahu : Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

A picture containing person, indoor

Description automatically generated


Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

Tahukah anda apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda menyambung: Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu! 

Sahabat bertanya: Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Kalau betul apa yang kamu katakan itu ada padanya, maka kamu sudah mengumpatnya. Dan kalau kamu katakan itu tidak ada padanya, maka kamu sudah menuduhnya.”

Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie

Takutkan bila kita berkata-kata itu menjadi satu umpatan atau menuduh, Allahuakhabar, jauhkan lah diri ini dari api neraka mu. Mengumpat sudah menjadi begitu lumrah dalam kehidupan kita sehari-hari, sehingga kita langsung tidak berasa bersalah tentangnya. Betul tak? 

Apatah lagi pada pada zaman media sosial ini. Dengan hanya sekali klik, bahan umpatan terus dapat dikongsikan kepada beribu-ribu sahabat maya di internet.

Mengumpat adalah perkara mazmumah(amalan buruk) yang telah menjadi sebahagian dalam masyarakat. Ia boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dan boleh mencetuskan perbalahan.

Walaupun kita mengetahui bahawa mengumpat adalah perkara yang haram, tetapi tahukah anda mengumpat juga dibenarkan syarak dalam kes-kes tertentu sahaja.

A group of people on a boat

Description automatically generated with low confidence

Syarat dibenarkan mengumpat


1. Apabila Berlaku Penganiayaan

Sesiapa yang mendapati dirinya dizalimi dibenarkan mengumpat dan menceritakan kepada hakim tentang penganiayaan yang dilakukan ke atas dirinya. Jika orang yang dizalimi tidak dibenarkan mengumpat, maka sukarlah untuk dia menyebut dan menerangkan tentang keburukan-keburukan si jahat untuk membuktikan kezalimannya.


2.Membantu Mencegah Kemungkaran

Hari ini maksiat begitu berleluasa dalam masyarakat. Sebagai muslim, kita dituntut untuk mencegahnya. Oleh itu, tidak salah bagi seseorang muslim untuk meminta pertolongan muslim yang lain bagi mencegah maksiat. Dalam konteks ini, menceritakan keburukan si pelaku maksiat adalah dibenarkan. Tetapi, biarlah ia diceritakan kepada orang yang dipercayai dan mampu untuk menasihati si pelaku maksiat.


3. Mengambil Sikap Berjaga-Jaga

Walau di mana sekalipun kita berada di bumi ini, pasti kita akan menjumpai pelbagai ragam manusia yang dipenuhi kebaikan dan keburukan. Namun, dalam berhadapan dengan keburukan, sikap berjaga-jaga sangat penting agar seseorang itu tidak mudah dianiaya atau dizalimi.


4. Sebagai Tanda Pengenalan

Dalam hidup kita, ada insan yang diuji Allah dengan kekurangan yang terdapat pada fizikalnya. Contohnya tempang, pekak ataupun buta. Dalam hal ini, tiada larangan untuk menyebut kekurangan yang terdapat pada dirinya sebagai tanda pengenalan. Begitu juga dengan panggilan yang sudah menjadi kebiasaan. Orang yang berkenaan tidak akan marah kerana sudah menyedari dengan gelaran tersebut. 


Jauhilah mengumpat yang sia-sia. Mengumpat, jika tidak kena pada syarat dan keadaannya akan menghancurkan dan menjatuhkan kehormatan diri seseorang. Maka, marilah kita bersama-sama bermujahadah untuk tidak terjebak dengan umpatan yang keji dan hina ini. Peliharalah keaiban orang lain seperti mana kita suka apabila Allah memelihara keaiban kita.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sunnah : Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W

Gaya Hidup : Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam

Ambil Tahu : Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud

Ambil Mudah : Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!

Manfaat : Hindari Bala Dengan Banyakkan Bersedekah

Prihatin : Jangan Pinggirkan Nasib Ibu Tunggal!

Punca : Doa Tidak Dimakbulkan