Ambil Mudah : Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!
Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah! Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat malah pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan. Sewaktu memandu, memasak dan sebagainya mudah sahaja melafaskan kalimah suci Allah ini, jika kita tahu akan manfaat dan fadhilahnya pasti tidak akan pernah ingin meninggalkan zikir dibibir. 1.Menghalau Syaitan Syaitan benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah. Kerana itulah ia sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Pelbagai hasutan dibisikkan supaya manusia mendapat kemurkaan Allah. Tatkala seorang manusia berzikir, zikir yang dibacanya dengan serta-merta menjadi pendinding diri. Syaitan menjadi lemah kerana manusia yang dihasutnya kini sedang dalam pegangan iman yang kekuatan. 2.Allah Akan Mengingati Kita Sebagai Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta, tentunya Allah suka kepada hambaNya ya...