Catatan

Sunnah : Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W

Imej
Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W Dilema ibu bapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya. Tambahan lagi musim PKP begini anak-anak banyak masa di depan mata ibu bapa, maka tanggungjawab sepenuhnya adalah ibu dan bapa yang kini juga berada di rumah. Mendidik bukanlah satu perkara yang mudah sebenarnya. Tetapi kalua betul caranya ia akan menjadi perkara yang senang.  Jika ingin sesuatu perkara yang baik haruslah kita sebagai ‘role model’ pada anak-anak tunjukkan perkara yang baik-baik sebelum mereka mengikut tingkah laku yang kurang molek. Ada pepatah mengatakan “mana hendak tumpah kuah kalau bukan ke nasi”. tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasul...

Punca : Doa Tidak Dimakbulkan

Imej
Punca Doa Tidak Dimakbulkan Sedih jika kita tahu doa yang kita minta pada Nya tidak termakbul. Usah kita andaikan sesuatu yang kita sendiri belum pasti. Jangan sesekali menyangkal kekuasaan Nya. Tetapi benar, ada segelintir doa dari umatnya tidak dimakbulkan.  Orang-orang yang ditolak doanya adalah disebabkan beberapa perkara seperti berikut : 1. Orang yang menggunakan barang-barang haram Orang-barang yang menggunakan keperluan hidupnya dari benda-benda haram seperti pakaiannya haram, memakan benda haram dari wang yang haram doanya tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah s.a.w, ” Ya Rasulullah s.a.w saya telah pun berdoa tetapi tidak diterima. Rasulullah s.a.w menjawab, Ya Saad tinggalkanlah makanan yang haram, maka sesungguhnya tiap perut yang telah dimasukkan makanan yang haram maka tidak diterima doanya selama 40 hari”. Abu Hurairah menceritakan, ” Satu hari Rasulullah s.a.w menceritakan perihal seorang lelaki yang telah jauh perjalana...

Gaya Hidup : Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam

Imej
Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam  Memakai tudung dan hijab menjadi kewajipan buat semua wanita Islam kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat. Tetapi akhir zaman ini ramai wanita islam yang mengenakan hijab atau tudung adalah kerana ikutan fesyen masa kini. Bukanlah kerana tuntutan agama.  Pelbagai fesyen hijab yang dapat dilihat di media sosial masa kini, tutorial mengenakan hijab juga dibuat secara terbuka dengan gaya yang kadang kala menghairahkan penonton. Tawa dan gelak anak muda yang mengenakan  ‘make-up’ mampan membuatkan sang lelaki juga turut melihat video tutorial mereka.  Di mana salahnya, isu berhijab dengan gaya moden. Jika di tanya mengenai ini kepada anak muda masa kini jawapan mereka adalah islam moden. Tiada istilah ISLAM MODEN, Islam adalah pegangan agama yang tidak pernah mendidik umatnya menjadi moden atau kuno. Jadi sebagai seorang islam harulah tahu bagai mana cara untuk berpakaian dengan sempurna.  Di dalam Islam tidak...

Ambil Tahu : Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

Imej
Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu! Tahukah anda apa itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab: Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui. Baginda menyambung: Mengumpat itu, apabila kamu menyebutkan sesuatu yang dibenci oleh saudaramu!  Sahabat bertanya: Bagaimanakah kalau sekiranya apa yang aku katakan itu memang betul ada pada saudaraku? Baginda menjawab: Kalau betul apa yang kamu katakan itu ada padanya, maka kamu sudah mengumpatnya. Dan kalau kamu katakan itu tidak ada padanya, maka kamu sudah menuduhnya.” Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasaie Takutkan bila kita berkata-kata itu menjadi satu umpatan atau menuduh, Allahuakhabar, jauhkan lah diri ini dari api neraka mu. Mengumpat sudah menjadi begitu lumrah dalam kehidupan kita sehari-hari, sehingga kita langsung tidak berasa bersalah tentangnya. Betul tak?  Apatah lagi pada pada zaman media sosial ini. Dengan hanya sekali klik, bahan umpatan terus dapat dikongsikan kepada beribu-ribu sah...

Manfaat : Hindari Bala Dengan Banyakkan Bersedekah

Imej
  Hindari Bala Dengan Banyakkan Bersedekah Sedekah bukanlah satu perkara baru dalam kehidupan, sudah menjadi amalan dalam kehidupan tetapi mungkin menjadi satu bebanan pada yang tidak suka akan berkongsi harta dengan orang lain.  Namun, orang beriman yang memahami konsep sedekah itu adalah amalan terpuji, yang bukan hanya mampu menyucikan diri dan harta, bahkan pahalanya berkekalan hingga ke hari pembalasan. Pada umumnya, bersedekah ialah amalan sunat yang banyak disebut dalam Islam. Ia pemberian ikhlas yang sebenarnya menandakan tahap keimanan seseorang, selain ketaatan kepada Allah SWT. Amalan sedekah tidak terhad kepada orang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah berdasarkan kemampuannya, asalkan lahir daripada hati yang ikhlas. Sedekah juga tidak terhad kepada pemberian wang ringgit atau harta benda, sebaliknya merangkumi hal seperti mengajar ilmu baik dan memberi pertolongan. Malah, senyum juga disifatkan sebagai sedekah apatah la...

Ambil Mudah : Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!

Imej
Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah! Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat malah pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan.  Sewaktu memandu, memasak dan sebagainya mudah sahaja melafaskan kalimah suci Allah ini, jika kita tahu akan manfaat dan fadhilahnya pasti tidak akan pernah ingin meninggalkan zikir dibibir.  1.Menghalau Syaitan Syaitan benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah. Kerana itulah ia sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Pelbagai hasutan dibisikkan supaya manusia mendapat kemurkaan Allah. Tatkala seorang manusia berzikir, zikir yang dibacanya dengan serta-merta menjadi pendinding diri. Syaitan menjadi lemah kerana manusia yang dihasutnya kini sedang dalam pegangan iman yang kekuatan.  2.Allah Akan Mengingati Kita Sebagai Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta, tentunya Allah suka kepada hambaNya ya...

Prihatin : Jangan Pinggirkan Nasib Ibu Tunggal!

Imej
  Jangan Pinggirkan Nasib Ibu Tunggal! Menjadi seorang ketua rumah bukanlah satu perkara mudah dalam kehidupan, tetapi nasib seseorang itu tidak sama dengan yang lain. Jika sudah tiada suami, gelaran ibu tunggal pastinya menjadi satu tanggungjawab yang besar. Kitalah ibu, kitalah bapa dan segalanya. Jangan sesekali memandang remeh atau acuh tidak acuh pada wanita yang bergelar ibu tunggal.  Jika mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil dan tidak pernah bekerja atau tidak mampu bekerja, pastinya bebanan kehidupan semakin membenak dalam naluri ibu ini. Ini semua tidak menjadi masalah jika kita semua dapat menghulurkan bantuan yang sebaiknya kepada mereka yang memerlukan.  Memudahkan kerja seseorang itu pastinya ganjaran yang mulia di sisi Allah s.w.t yang kita tidak pernah sekali sedari. Zakat adalah satu saluran yang tepat dan memudahkan semua urusan kita yang berkemampuan. Tetapi kita sering alpa dengan tanggungjawab yang wajib ini.  Sebagai ibu tunggal jangan ses...

Ilmu : Wujudkah Hukum Sakiti Hati Anak?

Imej
Wujudkah Hukum Sakiti Hati Anak? Apabila dikurniakan cahaya mata, dalam pasagan itu adalah satu nikmat menjadi ibu dan bapa. Bila bergelar ibu dan bapa tidak sudah semestinya tanggungjawab semakin berat. Di dalam Islam, kasih saying, ajaran agama, pendidikan dan keselamatan anak-anak haruslah dijaga dengan sempurna.  Sebagai ibu dan bapa, kita harus berlembut dan bukan mengasari anak-anak kita, saat marah elak sama sekali menggunakan kata-kata kesat yang mungkin boleh menyinggung perasaan dan hati anak-anak tanpa kita sedari.  Kita semua sedari bahawa, derhaka pada ibu bapa merupakan satu dosa besar. Tapi bagaimana pula hukum ibu bapa menyakiti hati anak-anak. Hukumnya adalah dilarang sama sekali.  1. Seorang muslim dilarang menyakiti orang lain sama ada saudara, kawan, keluarga mahupun individu yang tidak dikenali, sama ada dalam bentuk fizikal mahupun mental. 2. Termasuklah ibu bapa yang menyakiti hati anak-anak, mahupun sengaja atau pun tidak. Hingga membuatkan hati an...

Ambil Tahu : Golongan Penerima Zakat

Imej
  Ambil Tahu! Golongan Penerima Zakat 1. Fakir Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan. 2. Miskin Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya. 3. Amil Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. 4. Muallaf Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu a) Beragama Islam +...

Ambil Tahu : Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud

Imej
Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud, Perlu Ambil Tahu! Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak  tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan  untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya  sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang  berharga itu. 1.Jauh Daripada Segala Penyakit Dengan mengamalkan solat tahajjud ini Allah  akan menjauhkan diri seseorang itu dengan 1001  penyakit dengan izin Nya.  “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah  kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan  mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan,  pencegah dosa, serta penghindar penyakit.” 2.Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang  mengamalkan solat malam? Bukankah wajah  mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah  bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah  me...