Ambil Mudah : Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!

A close-up of a book

Description automatically generated with medium confidence


Manfaat Berzikir Ramai Yang Ambil Mudah!

Zikir bukan sahaja dilakukan selepas solat malah pada bila-bila masa. Sibuk dengan aktiviti harian bukan bermakna tiada ruang untuk berzikir. Ia paling mudah dilakukan, namun kebaikannya terlalu besar untuk disia-siakan. 

Sewaktu memandu, memasak dan sebagainya mudah sahaja melafaskan kalimah suci Allah ini, jika kita tahu akan manfaat dan fadhilahnya pasti tidak akan pernah ingin meninggalkan zikir dibibir. 


1.Menghalau Syaitan

Syaitan benci kepada manusia yang patuh kepada perintah Allah. Kerana itulah ia sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Pelbagai hasutan dibisikkan supaya manusia mendapat kemurkaan Allah.

Tatkala seorang manusia berzikir, zikir yang dibacanya dengan serta-merta menjadi pendinding diri. Syaitan menjadi lemah kerana manusia yang dihasutnya kini sedang dalam pegangan iman yang kekuatan. 


2.Allah Akan Mengingati Kita

Sebagai Pencipta dan Pemilik seluruh alam semesta, tentunya Allah suka kepada hambaNya yang mengingatiNya.

Allah berfirman yang bermaksud ;

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu.”

(Al-Baqarah: 152)


3.Tersemat Rasa Syukur

Zikir menjadi asas rasa syukur kita kepada Allah s.w.t.  Semakin banyak kita berzikir bermaksud semakin banyak kesyukuran kita kepada Allah.


Lidah yang basah kerana zikir terlepas dari mengatakan hal-hal yang tidak baik dan merosakkan. Apa jua kerosakan yang berpunca dari lidah seperti menipu, mengumpat dan memfitnah terhalang oleh kebiasaan berzikir.


A person sitting on the floor

Description automatically generated with low confidence


4.Membuang Kebimbangan

Dalam kesukaran, tambahkan zikir. Sebutlah “Subhanallah”, “Alhamdulillah”, dan “Allahu Akhbar.”

Pujian, kesyukuran dan mengingati kebesaran Allah ini akan melegakan hati dan minda yang dilanda kebimbangan. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Berkuasa di atas segalanya. Apa yang berlaku hanya akan berlaku atas keizinan Allah SWT sahaja. Maka, kita hanya berserah kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Lalu, zikir menukar perasaan bimbang itu kepada ketenangan dan kegembiraan. Semua ketakutan hilang serta-merta kerana keyakinan kepada Allah s.w.t. Hati dan minda yang tenang secara langsung menjadikan kita hamba yang kuat. Orang yang mempunyai hati yang tenang pasti perjalan hidupnya sempurna.


5. Mendapat Kebaikan Di Dunia

Orang yang sedang berzikir dikelilingi para malaikat. Hidupnya sentiasa dalam keberkatan dari Allah. Zikir menimbulkan keseronokan untuk melakukan ibadah-ibadah yang lain.

Segala yang dilakukan di dunia mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t. Zikir mengurangkan beban seseorang. Sebagai contoh, Fatimah R.A. mengadu kepada Rasulullah kerana keletihan melakukan tugasan hariannya.

Rasulullah menasihatkan Fatimah R.A agar berzikir ‘Subhanallah’, ‘Alhamdulillah’, dan ‘Allahu Akhbar’.

A person reading a book

Description automatically generated with medium confidence

6.Mendapat Ganjaran Dari Allah

Walaupun zikir amat mudah dilakukan, namun ganjarannya begitu besar. Allah memberi keampunan dan pahala buat hamba yang berzikir kepadaNya. Dirinya seperti berada di dalam taman syurga di mana kebaikan mengelilingi dirinya. Zikir menjadi sumber pahala buat diri mereka yang mengamalkannya.


7.Mendapat Kebaikan Akhirat

Dalam kesunyian malam, bibir mengucapkan zikir diiringi air mata. Kebaikan akhirat pastinya impian bagi semua umat Islam. Zikir menjadi cahaya bukan sahaja semasa hidup, malah cahayanya turut menerangi kuburnya kelak.

Di akhirat kelak, zikir juga memberi manfaat kepada yang sentiasa melakukannya. Zikir boleh menyelamatkan diri daripada api neraka yang amat menyeksakan.


Orang yang bertakwa menyibukkan dirinya dengan zikir. Dalam duduk, berdiri, berjalan dan baringnya sentiasa ada Allah. Dunia menjadi saksi amalannya. Dan pastinya tempat mereka yang bertakwa adalah syurga Allah.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sunnah : Didik Anak Ikut Cara Sunah Rasulullah S.A.W

Gaya Hidup : Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam

Ambil Tahu : Mengupat Yang Dibolehkan, Anda Perlu Tahu!

Ambil Tahu : Kelebihan Dan Ganjaran Solat Tahajjud

Manfaat : Hindari Bala Dengan Banyakkan Bersedekah

Prihatin : Jangan Pinggirkan Nasib Ibu Tunggal!

Punca : Doa Tidak Dimakbulkan