Gaya Hidup : Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam
Sebalik Isu Fesyen Wanita Islam & Ala Islam
Memakai tudung dan hijab menjadi kewajipan buat semua wanita Islam kerana rambut adalah sebahagian daripada aurat. Tetapi akhir zaman ini ramai wanita islam yang mengenakan hijab atau tudung adalah kerana ikutan fesyen masa kini. Bukanlah kerana tuntutan agama.
Pelbagai fesyen hijab yang dapat dilihat di media sosial masa kini, tutorial mengenakan hijab juga dibuat secara terbuka dengan gaya yang kadang kala menghairahkan penonton. Tawa dan gelak anak muda yang mengenakan ‘make-up’ mampan membuatkan sang lelaki juga turut melihat video tutorial mereka.
Di mana salahnya, isu berhijab dengan gaya moden. Jika di tanya mengenai ini kepada anak muda masa kini jawapan mereka adalah islam moden. Tiada istilah ISLAM MODEN, Islam adalah pegangan agama yang tidak pernah mendidik umatnya menjadi moden atau kuno. Jadi sebagai seorang islam harulah tahu bagai mana cara untuk berpakaian dengan sempurna.
Di dalam Islam tidak salah jika anda ingin berfesyen, tetapi perlu tahu di mana salah dan betulnya. Pemakaian baju, wujud segelintir wanita hari ini memperagakan hijab dan pakaian yang menutup aurat pada mata kasar, sebaliknya mereka mempunyai dua sifat iaitu berpakaian dan telanjang dalam satu-satu masa.
Menurut hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Dua golongan penghuni neraka yang aku tidak pernah melihat kedua-duanya iaitu kaum yang membawa cemeti seperti seekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia dan perempuan yang berpakaian, tetapi telanjang berjalan berlenggang-lenggok dan menggoda, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Hadis Riwayat Imam Muslim)
Rasulullah menyebut dalam matan hadis berkenaan sebagai 'kasiyatun 'ariyat' (berpakaian, tetapi telanjang) pada perempuan yang berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh atau menampakkan warna kulit sekalipun tertutup dengan lapisan kain, tetapi apa yang ada di sebalik lapisan kain itu masih boleh dilihat.
Pada hari ini, pastinya setiap daripada kita pernah melihat keadaan wanita yang mempunyai dua sifat ini iaitu mereka berpakaian dan dalam masa sama turut dinisbahkan sebagai telanjang kerana memakai pakaian ketat menampakkan setiap inci bentuk tubuh badan.
Realiti pada hari ini wujud segelintir golongan wanita yang tidak mengendahkan peringatan Nabi sebaliknya bangga dengan perbuatan mereka dengan fesyen yang menjadi tarikan pujian ramai.
Ulasan
Catat Ulasan